Sep 11, 2011

KEABADIAN CINTA

Bila kumelangkah ke arah cinta
kutelah melalui lorong-lorong rindu
kelihatan kesepian sepanjang jalan
terpandangku pada satu arah
pada bayangan cinta yang sudah..

Pekiklah rindumu dan rinduku
agar nanti ..akan ada lurus hati
yang menggegar alam semesta
bahawa kasih akan menghujan
menjadi lebat cinta ..membanjirkan asmara
dan akan basahlah jiwa
dengan kesetiaan dan kepercayaan
..pasti kebenaran..akan menjernih cinta
antara kita..

Kekasih,
hulurlah keterbukaan hati
untuk menyambut sebersih cinta nan suci
untuk kita meniti ke arah perhubungan yang abadi
agar sepanjang jalan.. tiada jumpa titik hitam
untuk cinta kita berhenti.. di kaki mentari..

Dan keabadian cinta kita
akan berada dirahmat-Nya
dengan penuh rahsia dan makna
bahawa kita akan selamanya bersama
tanpa sebarang petaka menimpa
untuk satu keluhuran cinta..
di antara kita berdua..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[11/9/2011]