Sep 7, 2011

SEMUA MILIK-MU

~**~ Kudekatkan diri dengan-Mu
dalam sunyi yang gelap
dan kerana keagungan-Mu
semua ikan di laut bertasbih
sebagai tanda kasih..

Dan kerana kesucian-Mu
ombak di lautan bertepuk-tepukan..
bersujud aku kepada-Mu
dalam gelap yang kelam
di sudut malam yang diam..

Dan lautan yang dalam
bintang yang berkerdipan
cahaya bulan yang menyuluh alam
dan setiap ciptaan
adalah dari kebesaran dan keagungan-Mu
yang tidak terbanding oleh sesuatu..~**~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[7/9/2011]