Sep 8, 2011

DI RANTAI CINTA

Ke mana pun arahmu..
ke mana pun arahku
arah kita berdua cuma satu
tidak pernah akan terpisah jauh
pasti jua akan berjumpa..
di lorong yang rindu
walau melalui halangan jalan yang berliku..

Kekasih,..Kita telah dirantai cinta
terpisahnya cuma diri..bukan jiwa
tidak pula pada hati
kerana ke kanan.. ke kiri..
pandang kita tetap berbaki
pada cinta yang terikat..di satu janji..

Kekasih,..nanti bila cinta bersatu
pasti rantai cinta.. milik dikau dan aku
tidak lagi akan ada sebarang kunci
yang bisa melerai sumpah dan janji
untuk terus bersama..sehidup..semati..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/9/2011]