Sep 5, 2011

KESEPIAN MALAM

Angin malam yang menderu
seolah membisik ke telingaku
bertanya kenapa aku diam
dari bicara keseorangan
sedang malam makin datang..
setelah meninggalkan siang..

Aku masih terdiam
biarkan angin malam berlalu pergi
kerana aku masih lagi mahu berdiri
di pintu sepi..
masih ingin melihat gelap yang sunyi..

Walau bibir aku tiada bicara
namun jiwa tetap berkata-kata
tertanya-tanya
kenapa sepi sering menerpa
walau aku telah bangkit dari leka..

Aku masih lagi tiada jawapan
kerana aku sendiri tidak faham
tentang olahan perasaan
yang sering datang tanpa diundang
ternyata kini..malamku cukup bosan..

~ Selendang hitam ~
..rusie..
[2/9/2011]