Sep 5, 2011

SURAM MALAM

~**~ Suram malam..
sering sahaja melakar lukisan sepi
pada fikir yang tiada pernah bertepi..
pada seraut wajah cinta
yang kehadirannya sentiasa dinanti..

Dan bisakah aku
menjadi embunan jernih di awal esok pagi..
sedangkan dingin malam
tidak pernah mahu melenakan lelapku..
untuk aku menjadi titis-titis jernih
yang membasah ruang pepohonan hati..
saat bening cinta sedang diimpi..~**~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[5/9/2011]