Sep 12, 2011

MISTERI CINTA

Umpama mimpi
di dalam mimpi
misteri cinta..
tiba-tiba datang menyapa diri..
menyusur dalam gelap..
samar-samar kelabu..
menyapa aku..
yang dalam kebingungan..
sewaktu dalam diam..
yang tenang..

Terus mengajakku berteman..
menarik tanganku perlahan..
tanpaku fikir panjang..
aku memulakan tarian..

Langkah mula digerak..
mengikut tari rentak..
menari riang..
tanpa lagi menoleh ke belakang...

Tiba-tiba datang..
gumpulan kabus hitam..
berkepul-kepulan..
menyelubungi pentas tarian..

Aku mula hilang tautan.
terus ia hilang dari mata..
mengapa aku harus lupa..
bahawa ia cuma ...
misteri cinta...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[12/9/201]