Sep 12, 2011

~ LIHATLAH..

Lihatlah..aku ingin sahaja bicara..
tetapi wajahku..
masih lagi.. mahu berselindung..
pada dedaunan.. yang menudung..
namun..untuk secangkir senyuman..
masih bisa lagi.. kugulung...

Lihatlah..aku teringin ..menjadi pujangga
tetapi ..aku masih tidak bisa..
menabur ..seribu indahnya kata-kata..
..anggaplah sahaja aku..sebagai penyair senja..

Lihatlah aku..sekejap ada..
sekejap terpisah dari bicara..
itu petanda.. aku sedang berada di dalam-Nya
..pada langit yang menyinarkan cahaya
di bawah kuasa-Nya Yang Maha Esa..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[12/9/2011]