Sep 5, 2011

TANPAMU AKULAH YANG SEPI

Walau sesaat
aku tidak sanggup
untuk berada tanpamu
fikirku jadi buntu
gelisah hati jadi tidak menentu..

Kekasih,
jangan pernah menyepi dari cinta
kerna rindu itu amat menyeksa
tanpamu tiada makna erti cinta
dan tanpamu aku entah siapa..

Kekasih,
tanpamu akulah yang sepi
alam sekelilingku menjadi begitu sunyi
tidak sempurna hariku didetik ini
jangan terlalu lama engkau menyepi..

Terkadang..
aku sering sahaja ditinggal sendirian
seolah diri tiada berteman..
dan aku tidak pernah akan jemu
menanti dan terus menunggu dirimu
oh sayangku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[5/9/2011]