Sep 2, 2011

MALAM-MALAM CINTA

Malam..sering sahaja mengajak aku
mengukir senyum pada gelap
sebelum mata ini bisa terlelap
walau pada khayalan malap..

Kekasih..datanglah mendekat
peluklah aku dengan erat
agar rindu bisa terikat
sewaktu-waktu cinta jauh dari dekat...

Malam-malam cinta..
sering sahaja buat aku terleka
pada manis bait bicara
biarlah....aku rela..
kerana ia bisa membuat aku bahagia
walau rindu itu sering mendera...

Kekasih..janganlah engkau pernah menjauh
kerana aku sentiasa dekat
pada intai kasih di dalam hati
pada manisnya malam-malam cinta
yang pernah bersama kita lewati...

Aku rindu..
pada saat malam-malam cinta
di antara kita mula bersemi...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/9/2011]