Sep 8, 2011

SEPI SEORANG

~**~ Siang malamku adalah sama
bertemankan sepi yang tidak bermakna
harapanku kini tiada lagi berwarna
kerana hitam putih kehidupan
sering sahaja merona..

Dan janganlah lagi aku terlena
bangkitlah aku ..dari tidur yang lama
nanti aku tidak lagi akan terhina
sewaktu mengemis cinta
pada Dia dan pada satu-satu kasih-Nya..~**~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/9/2011]