Sep 7, 2011

ASMARADANA

Asmaradana menyemarakkan cinta
pada dua jiwa nan dahaga
walau guruh gemuruh datang menimpa
... nyala cinta tiada pernah mahu padamnya..

Cinta adalah lahir dari sucinya jiwa
tiada yang mengerti selain kesejatiannya
mistiknya yang abadi akan kekal selamanya
mengukir mimpi di kemuncak cinta dunia..

Asmaradana kemuncak cinta hamba
cinta Sang Puteri di lautan kasih-Nya
bila kesepian.. gelora terus datang melanda
petir serta gemuruh adalah kemaruk jiwa..

Asmaradana.. yang berlegaran di lubuk jiwa
Sang Puteri sedang berpusaran dengan selendangnya
melebarkan cinta pada dunia..
tentang kekasih pujaan sukma..
yang sedang menanti di singgahsana..

Asmaradana.. kemuncaknya cinta..
kegilaan jiwa..dalam kemaruk cinta..
untuk seumur usia..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[6/9/2011]