Sep 11, 2011

ADUHAI CINTA

~**~ Aduhai cinta..
jangan pernah tinggalkan daku..
walau untuk sementara waktu..
kerana tanpamu..
akan terhentilah nafas-nafas rindu..

Pada siapa.. harusku mengadu..
sewaktu langit tiada membiru..
sewaktu awan berarak lalu..
sewaktu angin tiada menderu..
sewaktu lautan dalam mula membeku..

Di mana lagi tempatku..
di mana..wahai sayangku..
kalau bukan di sisi-Mu..Yang Maha Tahu..
nanti semuanya tidak lagi terendah olehku
hanya kerana wujud-Mu ..adalah Satu..~**~

~ Selendang Hitam~
..rusie..
[11/9/2011]