Sep 5, 2011

IMPIAN INDAH BERSAMAMU

Jiwaku sering sahaja melambai rindu
pada sekeping hati yang gelisah resah selalu
untuk melalui detik-detik indah denganmu
memadu asmara kasih nan membaldu..

Kekasih, kurindu saat-saat untuk kita bersama
berdampingan riang di persisiran pantai
sambil sang bayu datang merayu dan membelai
untuk satu cinta yang kita damba..

Indahnya impianku..yang hanya untuk bersamamu
jadikanlah realiti...singkirkanlah maya illusi mimpi
kerna aku sudah tidak sanggup lagi
berjauhan denganmu wahai kekasih..

Genggamlah tanganku
beriringanlah berjalan denganku
biar lautan biru menjadi saksi bisu
bahawa cinta kita akan menyatu
akan berbulan madu kita ..di awanan biru...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/9/2011]