Sep 7, 2011

TUNGGULAH AKU SEBAGAI PENGANTIN-MU

Di dalam aku ada engkau
di dalam engkau
aku melihat aku
di dalam aku ada getar
tentang kebesaran-Mu..

Di dalam aku
ada engkau di dalam sedarku..
maka aku dan engkau seiring
dalam melangkau hari demi hari
sehinggalah aku hadir ..
sebagai pengantin-Mu
yang berhiaskan serba Putih..

Harumanku adalah cinta-Mu
wangianku adalah rindu-Mu
tunggulah..
aku akan datang kepada-Mu
dalam haruman
dan wangian cinta yang putih..

Wahai kekasih..
sambutlah nanti ..
aku sebagai kekasih-Mu
kerana di sisi-Mu
tempat kekalku..Ya Rabbi..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[7/9/2011]