Sep 30, 2011

~ LAMBAIAN RINDU...

Bila jendela kamar kubuka..
dedauanan halaman sedang melambai
dan pokok turut bergoncang
seolah rindu sedang dalam dahaga
pada pertemuan di redup malam..

Sekilas kuterpandang
pada detik menyaksikan rembulan
kau sedang bercerita
sewaktu sang pungguk menanti
sedang kita sedang asyik
dalam gelak tawa cinta..

Lambaian rindu
semakin memanggil engkau dan aku
untuk berdua lagi
agar resah tidak menghampiri
pada detik gelisah menyeksa diri..

Cinta..jangan pernah engkau pergi..
kerana rindu sedang melambai lagi..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/9/2011]