Sep 30, 2011

~ PANTAI KENANGAN...

~ Deru bayu pun mendesir
pada puput angin rindu
sewaktu kenangan..
...datang bertamu..

Tubir pasir..
tiba-tiba menangis
melihat sayu mata melambai
kerana di senja yang kian tua..
cinta dan rindu
sedang mencari kilau permata
di ufuk Nirvana..

Kekasih,
kita pun menyangka
bahawa biru ombak adalah biasa
sedang ia..menyimpan luhur rahsia
tentang Esa dan Baqa..

Dan kenangan.. adalah tanda..
bahawa di dermaga rindu
kau pernah memelukku
dengan penuh syahdu
bersaksikan jajaran batu
dan debur ombak yang mendayu..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/9/2011]