Sep 6, 2011

AKU ADALAH BAYANG

Jangan sesekali engkau dekati aku
kerana aku adalah bayang-bayang
terkadang aku ada..terkadang aku hilang..
hanya kerana aku adalah bayang
bayang hari ini dan juga semalam..

Jangan juga berbicara denganku
aku tidak suka berbicara panjang
kerana terkadang bicaraku ada
terkadang bicaraku terbang
hanya kerna aku sekadar bayang..

Hanya kerana sekadar bayang
aku tidak bisa di miliki orang
kerana diriku telah sekian lama lenyap
di sudut gelap sunyi yang senyap..

Kalau aku adalah bayang
yang telah engkau ketahuinya sayang
pergilah..aku sedikit pun tidak hairan
kerana aku memang suka bersendirian..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[6/9/2011]