Sep 14, 2011

~ PERGILAH KESAH LALU...

~ Ombak..
sering sahaja..berhempas pulas
membadai ..perlahan-lahan..
menarik lesu..ke dasar bisu..

Dan pantai..
hanya membiarkan gerak tari ombak..
..dalam diam lalu..
..sering mengalah..yang tak bererti kalah..
membiarkan sahaja..
hempasan ombak perlaku..
untuk menarik sesuatu...

Untuk apa..
hendak difikirkan..
..itu perkara lepas.. yang berlalu
pergilah.. pergi semua itu..
biarkan aku.. dengan caraku..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[13/9/2011]