Aug 19, 2011

GELISAH RINDU

Kekasih,
Pada jernih airmata yang jatuh mengalir hiba
aku sedang membilang butir-butir rindu
diruangan rindu antara engkau dan aku..
 Kekasih, 
Gelisah kasihku merintih
mengharap dakap kasih
untuk menyatu digelas dahaga
antara kita berdua..
 Sayangku,
Lihatlah ke mata cinta
kalau rindu kian membaldu dan sarat berjerebu
lautan dan ombak akan terus berlagu
berirama rindu dalam gemersik violaku
hingga tiada lagi pilu dan ragu
dalam rindu yang satu..
 Kekasih,
buktikan kasihmu dan leraikan rindu
biar diruang rindu kita bertemu
dan lihatlah ke mataku
bahawa sinar kasihnya masih tetap satu
yang ingin menyatu 
selama-lamanya denganmu..

~ Selendang Hitam ~
..Rusie..