Dec 19, 2012

" Hatiku milikmu "

~ Kumiliki hari yang damai
sejauh pandangku
pada percik mentari tersenyum
aku memangku bahagia
...
di ribaan tenang
setiap bicaramu
mengalir riang dikalbu
kala duka mengheretku ke lembah murung
kau hadir memberi sejernih tenang air mengalir
membersih segenap ruang calar jiwa
kau kusandarkan perit ini
pada damai sentuhan
walau hanya bayang
kerana hatiku cuma milikmu.~

~ Rusie ~
26.11.12