Nov 3, 2012

" Malam-malam kecewa "

~ Nafas ini telah lama terkubur
tidak mahu bangkit
nyanyian jiwa terpinggir
membara lara jauh kembara
kepingan rasa makin hambar
hanya malam kelam berbicara
dengarlah denyutan ini
kerana ia menyampaikan derita
walau dirayu malam
ia bukan lagi sesiapa
kecuali sekeping hampa.~

~ Rusie ~