Nov 25, 2012

" Benak fikir "
~ Benak fikir ini
sederas arus tengkujuh
mengorek pantai rasa
berhimpun di ruang rindu
bibir ini tidak henti menyebut namamu
walau cuma didengar sunyi
bisikan ini
terus kuhulur dari naluri
kerana kupasti
dikejauhan ini
rasa yang sama kita kongsi.~

~ Rusie ~
23.11.12