Oct 3, 2012

" Nama Purba"

~ Akan kutulis nama purbaku

"Selendang Hitam"
sewaktu dakwatku
tersimbah ke tujuh lautan maya
ketika mata batinku
tercucuk serpihan kaca cakerawala.

Aku tidak gentar

memanjat tiang khayal
walau serpihan cahaya bergelombang
membadai menapis hujan halilintar
kerana nyata masih tersengkang
untuk dijangkau.~

~ Rusie ~