Jan 16, 2013

" Dendang Duniawi "

~ Celik sahaja mata
kita menyaksi dendang duniawi
insan diulit kelalaian
bernafas dalam nadi duitan
bisikan-bisikan syaitan mengheret kedurjanaan
dan penamat hidup
berteman kesesatan
bertuhankan harta penjudian
bila mata terpejam
pusara tidak lagi aman.~

~ Rusie ~
09.01.13