rembulan menyulam pinta
pada riuh bergendang seloka
untuk mengusir gelap yang hiba
yang dipalung resah hitam durja
Lewat malam
sang sunyi menepis bosan
pada rona perasaan yang tercemar
sisa dari raga yang sedih
pada satu kenangan pedih
Lewat malam
kesendirian memberi pengajaran
bahawa canda tawa
akhirnya
akan terduduk di sudut yang membusung
pada pedih rintih..yang menghurung
Lewat malam ini
Sang hayat telah menjadi pengajaran
bahawa pada lewat jiwa yang berperang
terkadang menang..terkadang kecundang
dalam menentang getir perih golak perasaan
.~Rusie~
