Jan 7, 2012

~ SIANG YANG PANAS...

 
~ Siang yang panas
mentari tersenyum
di balik penat peluh meleleh
batang-batang kering berjajaran
menunggu terbelah
atau hanyut bah..~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..

~ PAGI YANG DAMAI...

 
~ Pagi yang damai
dengan wajah yang natural
aku menyelak tirai jendela
deru angin yang dingin
menyentuh hati.

Salam pagi yang melambai

kesah semalam pun terabai
terus kuberlalu dari jendela
untuk memulakan hari baru
seperti selalu
yang seadanya..~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[11/11/2011]

~ MARI BERSIRAM...


~ Kelam bukan malam
sore baru mengundang
capai tuala bersimpul
terus bersimpuh
bunga-bungaan di tabur
sebagai wangi-wangian
air tertitis tercurah
basah membasah
marilah bersiram.~

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ KAU KEMBALIKAN SENYUMKU...

 
Terimakasih dia..
kau buka pintu senyum
yang sekian lama tertutup
lalu kau tebarkan cahaya
pada ruang yang sekian lama gelap.

Kau hidupkan senyumku

yang sekian lama mati
walau jasad masih hidup
nafasku telah lama terhenti
nanti kau akan mengerti.

Aduhai sayang,

kau bak pelita
menyuluh ruang kalbu
bayang gelap beransur pulang
siang malam
gelak tawa memecah sunyi
bila gurauanmu mengubat sepi.

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ HADIRMU MENGUBAT LUKA...


Terimakasih cinta!
di saat jiwa
terperuk sepi di ruang duka
kau hadir mengubat luka
kerana semalam adalah pedih
kala airmata darah menitis.

Lebam-lebam dera semalam

segera terhilang
kau balut luka dari hiba
diri bukan lagi mayat putih
selama jasad terperam sedih.

Kala kau peluk senja

di kaki langit senyum terbuka
halus pasir mula memutih
pantai tidak lagi kemurungan
bila tiram mula memuntahkan mutiara
bahagia mula berkemilauan
...terimakasih aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[10/11/2011]

~ OH! SEMALAM...


~...dan aku pun berjalan
meninggalkan kenangan
walau diingatan
tidak mungkinkan terhilang
pada kesah-kesah
yang tidak terulang...

Maka tenggelamlah rindu

di lubuk hatiku nan sayu
kerana jiwa
tidak selamanya mampu
mengenang saat-saat dahulu...

Lalu ...akupun berlalu

walau sendirian itu
adalah sesuatu yang amat jemu..!

~ Selendang Hitam ~

..rusie..
[ 10/11/2011]