Oct 12, 2011

~ OH..SEMANGATKU...

~ Apabila..
aku hadapi saat yang paling sukar
jiwaku turut bergetar..di dalam debar..
... Dan di waktu itu..
di manakah dua muara yang bertaut..?
kerana lemahku
mahu saja kulemparkannya ke laut..

Sesungguhnya aku mahu bangkit
bersama semangat..
berikanlah aku kekuatan yang amat
agar nanti
tangis dan tawaku menjadi satu
seperti seluas langit
dan lautan yang bercantum...~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[11/10/2011]

~ ADUHAI...

~ Aduhai... untuk mendengar keluhan jiwa
yang merona di sukma..

Aduhai..
tataplah mataku
yang rindunya kian meruntum
bak pepohon yang merimbun
yang menggugurkan dedaun
pada jernih embun
yang menghiasi kuntum...

Aduhai....................!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[10/10/2011]

hatiku mula ingin berbicara
di manakah gerangan dia
...

~ TANGISAN SI KECIL...

Tangisan si kecil..
sering sahaja..
..mengundang kebiasaan
...
... ..mengundang kekalutan
..mengundang keparahan
dan mengundang perlbagai persoalan..

Tangisan si kecil
..mengundang kebiasaan
bila tangisannya dianggap tenang
..lumrah kanak-kanak
meluahkan ketidakpuasan
melalui tangisan
samaada tangisannya dipujuk
atau diabai...

Tidak kurang pula
..yang mengundang kekalutan
menimbulkan kebisingan
lalu ada suara-suara sumbang
yang menghalang
melalui sergahan..lalu ia diam..

Tangisan si kecil..
seringkali dianggap jahanam
lalu ia dipukul..direjam
...bagai binatang
lalu timbul penderaan
hingga membawa kematian..

Sungguh kasihan..
tanpa belas.. ia didera
sedang kekecilannya
masih tidak tahu apa-apa.....!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[10/10/2011]

Oct 9, 2011

~ MEMBELEK KENANGAN...

~ Di waktu sendiri..
aku cuba membelek..
..helaian-helaian lama
yang kau catatkan..
di dairi hatiku..

Dan di waktu sendiri
aku cuba melakarkan lukisan cinta
di bawah pepohon..
pada musim-musim luruh
bersama dedaunan cinta yang jatuh..

Dan engkau silakan menatap
segala kemanisan silam
sewaktu kita layarkan
di tengah lautan
yang beralunan perlahan..

Saat itu..masihkah kau ingat..
bahawa aku..
sedikit pun tidak mampu..
engkau lupakan.. aduhai sayang..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[9/10/2011]

~ DIA YANG KUPUJA...

~ Malam tadi ...deringmu...
telah menutup tangis rindu
suaramu telah melerai kusut daku..

Engkau..
sering sahaja buat pagiku senyum
bersama kicauan indah beburung..

Maka pagi ini...
ingin sekali aku larikkan kata-kata
yang tidak terucap dengan bicara
bahawa engkaulah permata
di saat kilauan..
..ingin menyilaukan cinta...

Oh Dia...yang kini ku puja-puja...
..ingin sekali aku memeluk cinta..! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[9/10/2011]

~ UNTUK KEKASIH HATIKU...

~ Aku sedang merindu
kekasih yang jauh berbatu-batu
walau sidia tidak menghiasi laman maya
namun jauh di sudut hati
cinta tetap bercantum sampai mati...

Kumenanti saat kau tiada
hanya kerna pergi bertugasan
cepatlah kembali sayang
kerna rinduku kini
sudah tidak tertahan-tahan...~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[9/10/2011]