Sep 19, 2013

LELAGU MALAM

 ~♥ Oh! Rembulan
betapa indahnya
kaulemparkan senyuman
sekalipun bukan padaku.

Oh! Bintang
betapa ayunya
kaulirikkan jelingan...

sekalipun bukan bagiku.

Biarlah aku
menjadi lelagu
di malam syahdu
saljuku senyum
di dingin rindu
untuk sesaat bertamu.♥~

~ Selendang Hitam ~
250813

LAYAR HATI

 ~♥Layar hati
tidak perlu berlabuh
ke dermaga rindu
ia adalah perbuangan waktu
kerana persinggahannya
cuma illusi mimpi
tanpa apaapa erti.♥~

~Sie~
220813

EMBUN

 ~♥Titis embun mendingin
bersama sepoisepoi bayu merayu
pagi kini milik kedamaian
tanpa lebat hujan
tanpa kalut taufan
namun singkatnya waktu
kilau jernihmu akan kering
dalam sentuh bara mentari.♥~...


~Sie~
220813

MALAM BURAM



  ~Suarasuara malam pun diam
aku kebingungan
diantara jaga yang hilang
dinding kamar bagai wayang
bila kumemasang angan
bahawa ada baiknya
aku lepaskan lelah
pada lena yang panjang.~...


~Sie~
210913

KEKASIH YANG DIANGGAP KEKASIH

~Kekasih,
siang malam
kita menghelakan nafas rindu
pada denyut rasa yang sama
getar cinta
sentiasa hidup
di halaman muka buku
melalui puisipuisi rindu...

sentiasa kutatap berkalikali
agar cinta tidak kurasa terasing
dari kejauhan
dan kita sentiasa berteman
mengharap satu kesetiaan.~

~Sie~
210813
 

JALAN DAN LORONG



 ~Deru debu
menelusuk rongga hidung
jalan raya menjerit perit
setiap lorong diteroka
kakikaki gergasi
menjejak ganas
lantai tanah
bagai wajah rembulan...

berlubanglubang
hilang keindahan
tiada keserian.♥~

~Sie~
200813