Oct 3, 2012

" Untuk dia..."

~ Biar pun hadir ini dipersia
bukan simpati dipinta
juga bukan mengemis kasih
kerana tiada apa-apa yang dinanti
hanya sekadar menghulur secebis rasa
kalau-kalau dia sudi menyambut
...ketulusan satu cinta!~

~ Rusie ~
 


" Kasih..."

~ Kasih,
kucari dikau di hujung malam
bersama rintik-rintik hujan berguguran
namun kutemui cuma cinta nisan

disaluti airmataku yang berzaman.~

~ Rusie ~




" Malam"

~ Malam mula bergema
bersuterakan cahaya bulan
airmata pungguk menjalar ke langit kelam
sehelai cindai menerawang

melekat di reranting bisu
menunggu jatuh
ke riba perindu.~


 
~ Rusie ~

 
Photo: ‎~..."

~ Malam mula bergema
bersuterakan cahaya bulan
airmata pungguk menjalar ke langit kelam
sehelai cindai menerawang
melekat di reranting bisu
menunggu jatuh 
ke riba perindu.~

~ Rusie ~‎




" Syair Semalam..."

~ Syair semalam
hangat merentung sekeping hati
terbiar membongkar mimpi
cinta melintas dan berlari
di malam sunyi
di balut amuk
yang terasing dan sepi.~

~ Rusie ~

 
Photo: ‎" Syair Semalam..."

~ Syair semalam
hangat merentung sekeping hati
terbiar membongkar mimpi
cinta melintas dan berlari
di malam sunyi
di balut amuk
yang terasing dan sepi.~

~ Rusie ~‎





" ( ? )..."

~ Gemerlapan bercahaya
itukah mimpi?
menyinar sebuah harapan
itukah impian?
berkemilauan bak bintangbintang
itukah masa depan?
terus dalam pertanyaan ( ? ).~

~ Rusie ~

 
Photo: ‎" ( ? )..."

~ Gemerlapan bercahaya
itukah mimpi?
menyinar sebuah harapan
itukah impian?
berkemilauan bak bintangbintang
itukah masa depan?
terus dalam pertanyaan ( ? ).~

~ Rusie ~‎




" Sekepul Asap Dupa "

~ Sekepul asap dupa
menerawang ke langit
sarat membawa hajat
menembusi kabus malam

memohon seribu pinta
membawa mantera putih
terbang ke pintu-pintu kalbu
bertandang ke jiwa-jiwa merindu.~

~ Rusie ~

 
Photo: ‎" Sekepul Asap Dupa..."

~ Sekepul asap dupa 
menerawang ke langit
sarat membawa hajat
menembusi kabus malam
memohon seribu pinta
membawa mantera putih
terbang ke pintu-pintu kalbu
bertandang ke jiwa-jiwa merindu.~

~ Rusie ~‎