Nov 8, 2011

~ CAHAYA KASIH-MU...

Engkau,
telah terangi setiap langkahku
cahaya kasihMu
menerangi gelap lorong-lorong rindu.

Engkau,
iringi perjalananku
dengan cahaya kasih
yang tidak terbanding
syukurku kepadaMu...
...Ya Rabbi
wujudku..kerana kebesaranMu
yang suci.

Cahaya kasih yang Engkau beri...
...aku bersyukur
tiada pernah aku menyimpang
selain dari jalan kebenaran
atas setiap jalan yang Engkau terangi.

Cahaya kasihMu...
...telah mengiringi
syukurku kepada kebesaranMu
...Ya Illahi..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ PUISIKU PUISIMU...

Puisiku puisimu
berlainan irama dan lagu
walau sama-sama mendayu
puisimu kubaca dan kubelek
tanpa jemu.

Berpuisilah
cara kita pasti berbeza
namun setiap puisi
penuh rahsia dan makna
semuanya kusanjung
tidak terhingga nilainya
tiada terhitung dek harga.

Indahnya bait puisimu
tidak terbanding dek puisiku
namun kupunya caraku
berpuisi mengikut irama hati
dan jiwa yang berlagu
namun puisimu
tetap kutunggu
setiap masa dan waktu.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ SALAHKU SILAPMU..

~ Salahku kerana suka meneka
silapmu kerana suka mentafsir
sedang kebenaran
terpapar sudah
tiada apa-apa pun yang parah.

Kuperbetulkan silapku...
...kemaafan ku pinta
kau perbetulkanlah kesilapanmu...
...kusedia memaafkan.

Andai hanya kerana perselisihan
sekadar bisikan syaitan
sudahlah..
sama-sama kita berserah.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ KUPOHON PADA RINDU...

Kupohon pada rindu
jangan pernah pergi berlalu
meninggalkan aku
terkapai-kapai
tanpa haluan.

Bahasa rindu
yang pernah kau ucapkan dahulu
masih terbuku di sudut kalbu
tersimpan rapi di ruang hati.

Aduhai,
asyiknya cinta
hanya kita yang merasa
biar selamanya menjadi rahsia
pada sebuah nostalgia
yang kita ciptakan.

Sekali lagi kupohon pada rindu
sediakanlah ruang temu
agar rindu bisa terungkai
bila mata bertentangan mata
untuk kali yang seterusnya
menyatu di mahligai cinta..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ AIRMATA YANG BERKACA...

~ Menitislah
titis-titis jernih airmata
pada sujud syukurMu..
...Aku pasrah
jika ketentuanMu adalah milikku
yang tidak sesekali dapat kutepis
walau sesaat.

Aku tidak akan mampu apa pun
selain menitiskan airmata pilu
saat kebesaranMu kusedar
di saat kesilapanku sebagai manusia
tidak pernah dapat kuhindar.

Di genangan airmata yang berkaca
hanya doa keampunanMu
yang mampu kupinta
...Oh Dia.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ AKAN KUUKIR CINTA..

~ Aduhai...
dengarkanlah bisikanku nan sayu
sewaktu aku berada di tepian pantai
telah kuukir namamu
dengan sebentuk cinta
untuk kuabadikan
walau akhirnya dihanyut dek ombak
ia akan terus melekat di hatiku nan satu
bersama kuntuman cinta
yang kian mekar di jiwaku.

Aduhai..andai kau tahu
ketulusanku mengharapkan kasihmu
pasti aku
dikau tidak akan persiakan
walau sesaatnya waktu.

Jangan pernah meninggalkan rindu
yang kian sarat terbuku
di jiwaku dan di jiwamu
kerna telah kuukir namamu
setiap pelusuk pantai rindu
aduhai....kekasih hatiku..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]

~ KULALUI SEPI SEORANG DIRI...

Tadi pagi
kulalui tangga sepi
tanpa menoleh ke belakang
kerana segala kenangan
telah aku tinggalkan
semusim yang lalu.

Engkau,
yang pernah bergandingan denganku
melalui jalan-jalan berliku
kenapa sekarang
walau bayangmu
tidak lagi kutemu.

Sekarang,
biarlah hanya aku
termanggu seorang diri
tanpa dirimu lagi
........aduhai kekasih..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[7/11/2011]

~ ISTANA KITA BERDUA...

Di sini
adalah impian kita
bersama melayari keindahan berdua
di halaman istana cinta
yang sungguh nyaman dan tenang.

Kekasih,
andai impian bisa terlaksana
ingin kuhidup denganmu
di istana yang indah
yang beralaskan rerumput hijau
yang mendamaikan jiwamu dan jiwaku
atas nama cinta yang satu.

Tenanglah kita
andai takdir bisa mengukir sejarah
bahawa antara kita
tidak pernah akan terpisah
walau bumi akan terbelah
berjanjilah..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[5/11/2011]

~ SEINDAH RINDU...

~ Rindu yang tertamu
tidak mengenal ruang waktu
daku di sini
mengkhayalkan saat-saat indah
sewaktu bulan sedang purnama
saat cinta kita tersirna.

Seindah rindu yang didamba
engkau yang kupuja
tidak pernah lekang diingatan hamba
walau siang berganti malam
rindu yang terbuku cuma satu
aduhai kekasih hatiku.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/11/2011]

~ KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA...

Kubertanya kepada malam
kenapa malam ini tiada rembulan
gelap gulita membelah kesunyian
ada jiwa berpeleseran
mengintai cinta dalam rahsia
sembunyikan rindu di dalam jiwa
dan dia..entah sedang apa....?

Aku di sini sedang menanti
bukan sekadar untuk malam ini
kerana diri tidak pernah mahu lupa
saat-saat jiwa merindu
di siang yang membaldu
di malam-malam syahdu
engkaukah itu...? yang menungguku...?

Biarlah kuhabiskan sisa-sisa malam
dengan bertemankan kesunyian
untuk menanti satu kemunculan
walau hanya sekadar bayang..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/11/2011]

~ AKU REDHA...

Kumohon
demi satu kesetiaan
atas satu nama cinta
berikanlah aku satu peluang
untuk memiliki kesetiaan
demi pertimbangan mata
yang memandang cerah
walau dalam ragu.

Biar hitam lautan
bukan lagi keraguan
tapi kelam yang tersimpan
seribu pertanyaan
bahawa geloranya
adalah jawapan
terhadap cintamu
yang masih samar-samar kelabu
aduhai tuan.

Atas satu nama cinta
tundukku masih dalam pertanyaan
aku rela jika terus bertemankan
beburung malam
yang tanpa siang
jika itulah takdirNya
yang berupa suratan
..........aku redha.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ SEKEPING KASIH...

Sayang
terima kirimanku
sekeping kasih
yang ringkas.

Sentuhlah
nanti saat jiwa tersenyum
hati akan sayu
bila sekeping kasihku
merayu
tanpa malu
untuk secebis harapan
dari lubuk hatimu
aduhai sayang.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ ADUHAI TUAN...

~ Aduhai tuan...
hamba menanti di puncak mahligai
di pintu cinta
rindu hamba menanti
sebagai membayangkan
cermin hati yang tidak pernah mati
walau hancur harap.. airmata menitis..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ SAYANG KAMU...

Sayang,
terimalah kirimanku ini
segugus mawar kasih
lengkap dahan dan
daun hijaunya
tanda segar
kelopak-kelopaknya
juga bersih mulus
indah mekarnya.

Takkan kautemui
runcing duri
kerana semuanya
telah kubuang
agar luka jariku
tidak berulang.

Sayang,
jambangan bungaku mekar
di halaman cinta
yang berharuman rindu
duri-duri luka
telah lama kubuang
dan telah kuubati
dahanan yang tercalar
oleh takdirmu dulu
yang malang.

Dan telah kubasahi taman
dengan titis jernih kasih
yang kusiram siang malam
agar luka hatimu yang dalam
terubat dek ketulusan
yang akan menguntumkan
sebuah senyuman.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie + MAS...
[2/11/2011]

~ RAHSIA CAHAYA CINTAMU...

Engkau,
telah mengajarku tenang
kini aku berada di dalam-Mu
... sepenuh perasaan rindu
dan kini..Engkau adalah aku
berada di dalam terang
kerdip cahaya-Mu.

Rahsia di hati
tersimpan rapi
setiap yang kau beri
ada rahmat yang abadi
dan aku redha
jika sukar itu aku
dan senang itu dia
biar segalanya tinggal
sebagai satu rahsia.

Akan kusimpan segala rasa di hati
sebagai tanda aku terima
dari hitam hingga ke putih warna
dalam ketentuan takdir-Nya.

Akan kuharungi
walau lautan bara
sepenuh hati..setenang jiwa
aku mahu bertabah
demi rahsia-Mu
yang menjadi rahsiaku
dari satu-satunya kerdip cahaya-Mu.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]

~ JIKA DAPAT KUPINTAL AWAN ...

~ PUDAR...

Umpama irama dan lagu
umpama cinta dan rindu
saling bertautan
dan saat diri perlu
pudar muncul halang.

Kenapa pudar melanda diri
walau jernih cinta di air menanti
mungkin kerana pengalaman
tentang cinta
yang tidak pernah wujud kesejatian.

Kini hati cukup pudar
untuk mempercayai cinta
kerana cinta
terselindung pura-pura
harus bagaimana untuk percaya.

Yakinkanlah aku kekasih
jangan biarkan pudar meraja di jiwaku
sedang diri memerlukan cinta
yang sebening pagi menjelang
sejernih embun bertetesan.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[2/11/2011]

~ BICARAKU DIAM...

Entah kenapa
tiba-tiba hatiku tertutup
jiwaku terlingkup..
..untuk berbicara
biarkan ia diam
untuk sementara.

Aku tahu
antara aku dan puisi
sudah sebati
mengalir di setiap salur nadi
sehinggalah ke suatu hari
nafas ini terhenti.

Kenapa diam....?
aku pun tidak tahu
tiba-tiba sahaja
bicaraku bisu
mungkin irama cinta
sudah tidak lagi mahu berlagu
atau lagu
yang telah berentak pilu.

Untuk sementara,
biarlah bicaraku diam
agar tiada hati yang luka
dan menyimpan dendam.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]

~ Aduhai..

~ Aduhai..
engkaulah tarian jiwa
yang menggemakan lagu-lagu cinta
di segenap alam ceria
bersama kuntuman bunga.

Pandanglah ke mata rinduku
yang membaldu tanpa mahu berlalu
dari sudut indahnya kasihmu..
..aduhai kekasih hatiku..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[1/11/2011]

~ KUCUPAN RINDU...


‎~ HILANGKAN SEDIHKU...

Aduhai..
jika dikau tahu hatiku yang selembut salju
jika dikau tahu jiwaku yang selemah diriku
maka sanggupkah duhai masa
membiarkan aku meratap duka
sedangkan bahagia
yang cuba kuintai masih berselindung hitam.

Jika dikau mampu memberikan daku senyum
bunga-bunga akan mengembang kuntum
seluruh alam akan mengharum
setelah diriku kembali riang
dan tarianku mula melangkahkan gerak
di pentas cinta..rindu pun mula menunggu
dalam penantian yang penuh syahdu.

Aduhai..hilangkanlah sedihku
dengan kucupan rindu.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[31/10/2011]

~ PAGIKU HILANG SENYUM...

Pagi ini
aku tidak mampu mengukir senyuman
hatiku retak..jiwaku pecah
jasadku luka berdarah.

Kenapa sinar mentari pagiku sepi
sedang malam tadi
aku diulit mimpi indah
yang membelai jiwa
menyingkir gundah.

Senyumanku sudah tertutup
pada rekah
yang tidak mungkin bercantum.

Aku rela
kalau aku terus dalam malap cahaya
engkau yang melakarkan hiba
aku yang terseksa
aku sudah tidak harap lagi
pada desir angin yang berlagu
jika kebahagiaan..
tidak pernah menjadi milik aku..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[31/10/2011]

~ DINGIN MALAM...

Kusentuh perasaan
pada kekunci laptop
melakar resah
di dingin malam
menitip cerita demi cerita
yang kutinggalkan.

Dinginnya malam ini
tetes-tetes hujan
bercurahan di luar jendela
sesekali kujengok
berpeluk tubuh
bila deru angin
yang dingin menyentuh.

Sesekali aku bertanya pada diri
sampai bila harus bersendiri
setiap malam yang dingin kulewati
dalam keseorangan
dalam kesunyian
entahlah... aku tetap tiada jawapan.

Biarlah dingin malam
terus kulewati
walau hari demi hari
walau tahun demi tahun
jika malam yang dingin
hanya untuk seorang perindu
...seperti aku.!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[30/10/2011]

~ BELAIAN JIWA...

~ Aduhai kanda..
di kala malam menyentuh jiwa
bisikan hujan kian menitis
menghangatkan rindu yang sesuci salju
mengharapkan kandaku muncul
membelai jiwa nan merindu.

Kandaku,
malam ini ..rindu mendambakan hangat
pada belaian manja seikhlas jiwa
yang dipersembah kepada hamba.

Fahamilah aduhai..bahawa hujan yang turun
seakan memanggil kasih
untuk mendekati rindu yang terkurung
dalam syahdu malam-malam sunyi.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/10/2011]

~ MENARI BERSAMAMU KANDA...

~ Lihatlah langkah susun rentak tari
ingin menari melepas lelah rindu
dari hari ke hari yang tiada terhenti
memusar berpusar sesuka jiwa
atas satu nama cinta.

Marilah kemari kanda..
sambutlah lemai gemalai diri
jangan sesekali tarian kita terhenti
hingga kasih membelah langit
mengumpal awan memintal cinta
sehingga kita bertemu bahagia..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/10/2011]

~ KUTUNGGU KAU DI SORE...

~ Di sore begini
jemari ingin mencipta puisi
walau tidak sehebat para pujangga
cukup untuk meluah
apa yang tersirat di sukma.

Tiba-tiba
sewaktu hati dalam kebosanan
gerimis hujan bertetesan
kesah yang berlalu seakan terulang
benci membuak jeluak
debar bercampur baur
kelam terus suram.

Ingin aku tinggalkan gelap
melangkah ke arah cahaya kasih
yang sedang menanti
di alam mimpi yang indah
dan aku sedang menunggu
saat engkau menghulurkan jemari rindu.

Bawalah aku keluar
dari daerah sepi
yang sekian lama mengurung daku
memenjara hati dan jiwaku
hingga hilang arah tuju
kini hanya kehadiranmu kutunggu..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/10/2011]

~ BAGAIMANA...

~ Bagaimana harusku bilang pada hati
bahawa kasih tidak begitu mengerti
kehendak naluri..yang sepi
di siang mahupun di malam hari.

Dan bagaimana pula
harus aku menaruh harapan
jika mimpi dan impian
tetap tidak sama
walau kemahuannya adalah serupa
untuk satu pengertian rindu dan cinta..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/10/2011]

~ SAYANG...

~ Sayang,
bagaimana harusku bertahan
jika rindu untuk dekat denganmu
tiada lagi tertahan-tahan.
Siapalah aku
tanpa dirimu
umpama irama tanpa lagu
terus sunyi terbelenggu..!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ Kuingin berendam...

~ Kuingin berendam
di jernih kolam
melerai segala gundah
yang sarat di jiwa
agar tiada lagi lara
...........dan hiba
yang sekian lama
diresah cinta.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ DEMI KESUNYIAN INI...

~ Andai kesunyian ini
...berpanjangan
tidak mahu lagi
kumenoleh kehadapan.

Tidak sudi lagi kumengharap
...pada harapan
yang cuma tinggal kekosongan.

Aku rela
jika terus berada
di dalam kegelapan
bersama sisa-sisa
...pengalaman
...yang hitam.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ YAKINKAN AKU...

~ Kekasih,
cintaku telah lama tersisih
rinduku telah lama merintih
yakinkanlah aku
yang telah lama pudar
untuk percaya
...pada cinta
...pada setia
nanti esok lusa
jangan kata cinta pergi
dan rindu kembali mati.! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/10/2011]

~ MISTIK V...

~Tulang dada
berdenyut ghaib
hilang lenyap
timbul datang
silih berganti
turun naik
mengeget ruang tubuh
lesu..kaku
lemah rebah
perbaringan longlai
hilang daya
upaya tidak fikir apa
menyerah
diserah..bosan sudah
masih berdenyut
ganggu tenang
siapa pun tak faham
hanya padaMu
kuserah ketentuan
......Ya Tuhan.!~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ MASIH BEGINI...

~ Masih begini
dalam igauan sepi
sendiri
menyendiri
tanpa kekasih hati
bosan hari-hari
bahteraku
berlabuh sepi
di dermaga rindu
terkubur satu mimpi.

Masih begini
cinta datang pergi
sesuka hati
tidak kuharap lagi
biar terus begini
sendiri
hingga jasad ini
lenyap di siang
hilang di malam..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ SEPI YANG MEMBOSANKAN...

~ Sepi
mengunci senyum
mengurung jiwa
dalam bosan
wajah muram
hati racau
gelisah tidak menentu
fikir jadi buntu
celaru oh jiwaku.

Bagai dalam gua
gelap pekat
sesekali suara kelawar
berlegaran bergema
memecah hening sunyi
aku masih begini
sendiri
terpenjara bisu
dalam lamunan dungu..~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]

~ SORE DI KALI...

~ Sedingin air di sore
mempersembahkan diri di kali
sejuk kaku menyeluruh
bila siraman air disentuh
menggigil dingin diri ...
......Oh sejuk sekali.

Oh Kekasih,
sediakan tuala penghangat
agar dingin air di kali terhilang
dalam dakap erat..! ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/10/2011]