Aug 31, 2011

KUSYAIRKAN LAGU CINTA

Di pentas dunia
di layar maya
inginku syairkan lagu cinta
buat dia..pujaan jiwa
dengan penuh nada bahagia
diiringi tarian asyik sukma...

Kumulakan gerak tari
pada syair..yang berlagu di hati
pada kata-kata yang tiada pernah mati
agar cintaku jadi lebih bererti..

Kekasih,
marilah bersama lagukan syair cinta
biar kita lewati kemanisannya bersama
pada rasa yang semakin hangat membara
pada nyala cinta yang kian marak apinya..

Ingin ku syairkan lagu cinta
agar kasih kita abadi selamanya
kekal bahagia berdua
walau perbagai dugaan yang melanda..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[31/8/2011]

LEBARAN YANG DINANTI

Sesuci lebaran yang dinanti
syukur di atas nikmat Illahi
kita berkesempatan lagi
beraya di esok hari..

Salam lebaran
salam kemaafan
kepada semua teman dan taulan
di atas kekurangan dan kekilafan..

Untukmu sayang
di hatiku ..cintamu tetap memutih
kau memberiku rindu yang menjernih
agar dilebaran kau bahagia kekasih..

Salam lebaran
untukmu dan semua teman
terimalah salam kemaafan
dariku yang serba kedaifan...

"Salam Lebaran...Salam Kemaafan.."

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/8/2011]

LAMBAIAN TERAKHIR RAMADHAN

Awan ...telah berarak sayu
langit.. kini mendung kelabu
lautan .. mula beralunan perlahan
seluruh alam semesta ..telah faham..
bahawa ramadhan..
akan pergi...dan rindu pada-Mu.. Ya Rabbi...
agar ramadhan.. berulang lagi...

Engkau ..semakin melambai sepi
kesayuan malam..terbawa hingga ke pagi
pilu hati..menginsafi diri..
jiwa melangkah sepi..perlahan..
pandangan..menunduk lesu..takut-takut nanti..
tiada kesempatan..menemui Ramadhan lagi..

Keinsafan..atas kekerdilan..
sebagai makhluk tuhan..
dosa-dosa yang berpanjangan..
moga tidak akan terulang..

Resah sering membungkam di diri..
dari terbitnya mentari pagi hinggalah ke malam..
tiap jasad masih berada di antara dua..
mahu hilang dalam keredhaan Dia..
atau masih lagi mahu leka..
janganlah lagi mencipta dosa..
jangan cuba mencari petaka..

Lambaian terakhirmu.. ramadhan..
airmata jatuh bertetesan..
kerana.. sebagai seorang insan..
biarlah satu yang diharapkan..
agar semua dosa diampunkan..
selagi hayat dikandung badan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[28/8/2011]

KERANAMU KEKASIH

Keranamu kekasih..
aku hadir untuk menjengok cinta
semata-mata..hanya kerana rindu
yang kian menebal di dada..

Apa yang ingin kuluahkan
tidak tercoret dengan kata-kata
hanya kita yang dapat merasa
apa yang berat.. tersirat di jiwa..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/8/2011]

SALAM BUAT KEKASIH

Dari kejauhan ini
ingin ku kirimkan salam cinta
dan salam rindu
buatmu kekasihku..

Saat Hari Raya menjelang tiba
rindu semakin menebal di dada
serasa tidak sempurna bergembira
dihari yang mulia
tanpamu yang tercinta..

Walau dikejauhan sana
rindu padamu tetap tersirna
dalam hayal yang menyinar
rindu padamu ..
akan kubawa kemana-mana..

Kekasih..
engkau akan sentiasa kuingat
kerana cinta kepadamu
sentiasa membara dan menyengat
akulah yang setia
untuk satu cintamu yang kudamba..

Salam..dan Selamat Hari Raya..
buatmu...kekasih...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[27/8/2011]

DETIK PERPISAHAN

Sedetik dari saat ini..
aku dan engkau akan terpisah..
yang hanya untuk sementara..
dan tentu jiwaku akan dilanda resah..
tanpa malam-malam yang indah..
sewaktu bulan membelai malam..
sewaktu sang bintang membilang kerdipan..
nanti..aku juga akan membilang hari..
untuk kita berkasih sayang lagi..
dari siang hingga ke dinihari..
seperti yang pernah kita lewati..
Di manakah dikau sayang saat ini..
aku sedang menanti..sebelum pergi..
kerana rindu ..sedang menggebu
disaat ini padamu..kekasih...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/8/2011]

MENGERTILAH AKU KEKASIH

Aku cuma mahu satu cinta di hati
untukku bawa hingga ke dalam mimpi
tidakkah engkau mengetahui
tentang cintaku yang tulus ini
..yang hanya untukmu ..mahuku mengabdi..

Tidak pernah tak terfikir olehku
untuk memikirkan cinta mendatang
jika engkau pergi kepada yang lain.. sayang..
jiwa dan hatiku akan hilang
cinta dan rindu nanti..akan aku singkirkan..

Lelap dan jagaku cuma disatu igauan
hanya denganmu aku mahu berteman
kerana denganmu..
aku mahu bermanja sayang..
tidak sesekali aku mahu berjauhan
di siangku.. mahu pun malam..

Mengertilah hatiku..fahamilah jiwaku
jagailah kesucian cintaku
yang kuperuntukkan buatmu
bukan pintaku untuk jatuh cinta
semuanya takdir Dia..
dan tidak akan ada lagi nanti..
untuk kedua kalinya...

Mengertilah sayangku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/8/2011]

SEKETIKA NANTI

Kekasih..
untuk seketika nanti..
aku akan pergi..
namun akan kubawa
cintamu bersama di hati..
tunggulah aku untuk kembali..
meraih cinta..
yang kita lewati bersama..
dengan keindahan yang tercipta..
dan ketahuilah..
cinta dan rindu ini..
hanya untukmu sahaja..
walau di mana pun jua..
diri ini berada..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/8/2011]

HANYA PADAMU KEKASIH

Hanya padamu kekasih
cinta hadir membelai
rindu datang menghampar
pada benak-benak rasa
yang tidak pernah rasa pudar..

Hanya padamu kekasih
rasa indah ini aku lebarkan
bersama selendang hitam yang membelai
membaluti saat-saat kerinduan tersasar
sewaktu merayau-rayau dalam igau..

Hanya padamu kekasih
yang sering kuimpikan bahagia
menghidu wangian bunga-bunga cinta
yang menghiasi taman hati
yang mengharumkan semerbak rindu..

Hanya padamu kekasih
kubekalkan cinta yang berpanjangan
bersulamkan rindu yang berkemilauan
yang terhias di singgahsana jiwa
yang bertakhta hanya keindahan cinta kita..

Hanya padamu kekasih
kuserahkan jiwa dan raga...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[26/8/2011]

MALAM YANG KOSONG

Malam..
selalu saja menjemput sepi
yang membelenggu aku 
di dalam lamunan diri
kerna cinta yang datang silih berganti
tidak pernah menjanjikan keindahan di hati
malah menambahkan lara sunyi..diam dan pergi..

Engkau, 
yang pernah melukis istana askara
hanya tinggalkan aku 
bersama helaian-helaian usang
pada lakaran-lakaran kontang..
dan janji-janji yang bosan..
bagaikan berada di padang pasir 
yang kekeringan dan ketandusan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

MENANTI DIRIMU

Senja datang pergi 
silih berganti
aku masih seperti ini..
menanti di pinggir sepi
menunggu lambaian cinta 
datang kembali
di ruang setia..
kuterus menanti..
bersimpuh aku di dalam diri
bertemankan viola hati..
yang memecah hening sunyi..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

RINDU PADAMU

Rindu sering saja datang meneman
kala siang..kala malam..
padamu seorang..
walau seribu datang bertandang
walau banyak ujian mendatang..

Rinduku padamu
tidak pernah mengenal waktu
walau masa silih berganti
rindu padamu tetap di hati
walau perik kurasai
saat dikau berjauhan kekasih..

Kekasih,
saat kau tiada..akulah yang sengsara
rambulan tidak lagi bercahaya
cuma berteman gelap yang menyeksa
dan diri pun terbelenggu hiba
bila hati tiada lagi bersinar ria..

Kerna rindu kepadamu kekasih
kupanjatkan doa
agar aku tetap dekat di hatimu
walau dikau jauh beribu batu
kenang-kenanglah daku
dalam doamu selalu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

SALAM LEBARAN

Salam lebaran
salam kemenangan
untuk umat islam berhari raya
...dan bersyukur kita di atas nikmat-Nya
setelah sebulan kita berpuasa..

Lebaran yang datang
dengan silih berganti
penuh dengan keberkatan
dan berbahagialah umat islam
meraihkan kemenangan..

Semoga amalan diberkati
dibersihkan seluruh jiwa dan hati
dan lebaran yang dinanti
telah kembali lagi
cerialah alam dengan sinar yang berseri
dipagi raya yang mulia ini..

Bersamalah kita menerima kekurangan
di atas kesalahan dan kesilapan
sebagai hamba Tuhan
bersedialah untuk kita bermaaf-maafan..

" Salam Lebaran..& Maaf Zahir Batin "

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

Aug 25, 2011

KEHADIRANMU

Kehadiranmu..
bagaikan mimpi
membuatkan aku terus berillusi..
tentang maya ..tentang realiti..
yang memberi keindahan
di jiwa dan di hati..

kekasih,
cinta baru hendak bermula
engkau telah aku cinta..
dan bukan untuk sehari dua
tetapi untuk selamanya...

Walau cuma di maya
engkau tetap indah
kesepianku kini hilang sudah
dan kita amat serasi
itulah yang terindah...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

DERITA JIWA

Gelora apa yang membadai di jiwa
hingga aku tertunduk hiba
rasa apa yang membungkam di dada
yang hanya tinggal sebagai rahsia
sehingga aku cukup melara dan terseksa derita..

Akukah yang terluka dengan takdir masa
atau akukah yang terleka dengan jeritan jiwa
yang melaungkan kesakitan semalam dan hari ini
walau jeritan batinku tidak berbunyi..


Namun jauh di sudut hati
bahawa derita yang kutanggung kini
hanya kerana suratan malang 
yang tidak pernah sunyi ke atas diri ini..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

TERJAGA DARI LENA YANG AWAL

Tiba-tiba..
aku tersedar dari lelap yang awal
setelah bermimpikan yang indah denganmu
..rindu tiba-tiba menerpa ruang hati
dengan rasa yang teramat meruamkan diri
lalu aku cuba mencari bayang
kalau-kalau dikau sayang ..masih ada di sana sini
namun gelap malam terus bersembunyi
mungkin dikau juga telah di lambung mimpi
..aku rindu lagi..sukar untukku pejamkan mata ini
terusku menunggu di tabir malam
kalau-kalau engkau tiba-tiba muncul datang..
..dan menjengok aku yang sedang kerinduan...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[25/8/2011]

BILA SUDAH JATUH CINTA

Bila sudah jatuh cinta
alam semesta mula mengerti
bulan bercahaya dan sang pungguk menyanyi
mentari tersenyum memancarkan seri
bintang berkerdipan dengan tiada henti
pelangi pula mula menwarna-warni..

Bila sudah jatuh cinta
apa pun dipandang indah semua
terkenang padanya tidak mengira masa
mengkhayalkan cinta..
tak mengira waktunya
tersenyum keseorangan..
mengenang saat bergurauan ..

Bila sudah jatuh cinta
rindu menggebu di hati dan di jiwa
terasa dekat dalam tautan sukma
kalbu pun merindu tiada jemunya
gelisah diri tanpa kehadiran dia..

Bila sudah jatuh cinta
saat bertemu terus dirasa getarannya
apa lagi saat bertentang mata
rasa luruh jiwa dan raga
saat dakapan dalam pelukan cinta..

Dan bila sudah jatuh cinta..
biarlah hanya kerna menyintai-Nya..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/8/2011]

LENA DALAM HELAIAN CINTA

Aku mahu lelap dalam helaian-helaian cinta
dalam lakaran-lakaran yang tiada pernah ada dusta
izinkan aku lena dalam barisan indahnya bait-bait kata
nanti kenangan yang terindah akan tercipta
di dalam lena..mahu pun di dalam jaga...wahai dia..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/8/2011]

Aug 24, 2011

IBARAT BUNGA

Ibarat mawar merah yang sedang berkembang
suatu saat akan layu dan berguguran
saat itu haruman akan hilang
dan wangian tiada lagi dihidu kumbang..

Itulah lumrah kehidupan
setiap keremajaan akan ada pengakhiran
dapatkah cintamu akan berkekalan
walau zaman akan berganti zaman..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[24/8/2011]

HARI INI DAN ESOK

Saat kita berbicara
adalah saat yang paling indah
apa lagi kalau berbicara tentang cinta
dan kau pula suka mengukir indahnya kata-kata
dan aku pula sering teruja..lalu leka
tentang hari ini dan esok
yang tidak pernah menjanjikan apa-apa..

Kelekaan sering membuatkan aku lupa
bahawa keindahan hari ini
tidak pernah akan berpanjangan
malah sering akan berubah-rubah
mengikut saat dan waktu
dan musim yang silih berganti..

Dan aku yang sering lupa
selalu saja asyik dalam keindahan hari ini
sedangkan esok ..
tidak pernah menjanjikan apa-apa
sama ada bahagia atau kecewa
tunggu sahaja masa atau ketika
pasti akan terungkai segala..

Ermm..terkadang aku bosan
dan ingin bersendirian
kalau itu adalah jalan
untukku kembali aman dengan berdiam
dan waktu itu engkau..
jangan sesekali ganggu aku lagi sayang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/8/2011]


Aug 23, 2011

KEKASIH HATIKU

Biar pun kita terpisah
di perbatasan jarak dan waktu
namun cinta.. tetap kita buntu
walau lelalang kian menunduk layu
namun demi masa dan waktu..
..izinkan aku di sisi cinta dan rindu
yang sering hadir bertamu
di ruang rindu ..di sudut kalbu..
hingga ke suatu waktu
kita akan bisa bersatu..
di singgahsana hembusan anginan lalu
yang membelai asmara
cintaku dan cintamu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/8/2011]

MANA MUNGKIN

Kekasih
mana mungkin aku
menjalani hari-hari yang tanpamu
...suasana kini kupandang kelabu
langit pun tiada lagi membiru
sewaktu engkau menjauh
jauh dariku..janganlah begitu..

Kekasih
semalam adalah yang terindah
sewaktu kita melayari bicara cinta
rindu pun mula menggila
sehingga..
kau dan aku tidak kesahkan apa-apa
selain dari bercanda
dari semasa..ke semasa..

Mana mungkin sekarang
semua pergi menghilang
aku masih lagi dalam kebingungan
di mana kini dikau sayang
kembalilah pulang..aku masih di sini
menantimu walau tidak pasti
samaada segalanya akan berulang
atau semuanya telah terpadam...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/8/2011]

SELAMAT PAGI CINTA SELAMAT PAGI RINDU

Selamat pagi cinta dan rindu
malam tadi lelapku dalam menanti
menunggu belaian untuk lena
menanti kekasih mengusap lelap
dan mataku terpejam dalam harap...

Dingin subuh mengejutkan aku
dalam rindu pada-Nya dan padamu
dalam cinta pada-Nya jua padamu
dalam kasih pada-Nya jua padamu
bergabung dua menjadi satu..

Pagi ini rindu menerpa jiwa
tapi aku tidak lagi mahu leka
banyak yang perlukan difikirkan olehku
namun cinta dan rindu tidak kulupa
hanya kerna aku seorang pencinta..

Selamat pagi sayang
nanti kita akan berbicara lagi
tentang cinta dan rindu
yang sudah sebati di jiwaku dan di jiwamu
maka selamanya engkau dan aku
berada dalam cinta-Nya nan satu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[23/8/2011]

MERDEKAKAN HATI DAN JIWA

Kita..yang sebangsa dan seagama
merdekakan hati dan juga jiwa
bersatulah tanpa syak dan wasangka
untuk sesama islam sesama bangsa..

Kini..Negara kita sudah lama merdeka
tanya pula hati dan jiwa
adakah sudah merdeka dan terbuka
untuk keikhlasan persaudaraan seagama..

Pupuklah kecintaan..buangkan kemungkaran
yang bukan sahaja kepada Tuhan
malah sesama islam tanpa kedengkian
agar makmur aman hidup berpanjangan
hati juga akan dapat ketenangan..

Ingatlah jasa baik para pejuang
demi negara dan bangsa sanggup berkorban
apalagi kita sesama insan
merdekalah.. merdekakan hati dan perasaan
berpadu bersatulah.. atas satu nama ketulusan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

Aug 22, 2011

HADIRLAH KEKASIH

Kekasih..
Malam nanti..
aku tidak rela kesepian lagi..
dan mengharap hadirmu di sisi..
...untuk membelai lenaku
hingga ke mimpi..
Lihatlah aku
yang sedang keseorangan sepi
di kamar ini aku menanti
hadirnya kasihmu membelai hati..

Biar nanti lenaku ini
berdampingan denganmu..
hingga sampai saat
bila terjagaku dari lelap..
cinta yang kudamba
tidak pernah akan lesap..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

BERDUA DI SENJA

Mimpi apa tadi di senja
engkau dan aku sedang berdua
di pinggir mentari merah
cinta sedang berbayang indah
dan rindu sedang sarat memerah..

Engkau sedang menatap wajahku
aku pula asyik menatap rindu
biarkan senja pergi berlalu
namun aku tetap mahu bersamamu
dari senja hingga ke dinihari..

Dan untuk kita berpisah lagi nanti
sudah tidak aku..akan sanggup kekasih..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

ENGKAULAH MATAHARIKU

Matahariku..
engkau telah menyinari siangku
dengan kemilauan cahaya kasih
...yang membaldu
...terbitmu dari pagi
hingga ke senja yang berlabuh
bersama harapan cinta yang membiru..

Matahariku..
aku yang sarat merindu..
di perbatasan waktu
terus menanti sinar indahmu..
yang meng-ungu
untuk kuterus mengukir senyum
di hujung waktu
saat kau hadir menerangi suramku..

Engkaulah matahariku..
membuatku tersenyum di cerah cintamu
dan bila malam aku merindu
terus menunggu dan menunggu
saat terbitnya lagi ..cahaya kasihmu..

Engkaulah Matahariku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

AKU MENANTIMU

Aku sedang menanti
sang kekasih datang mengulit mimpi
yang telah berjanji..akan hadir menemani
membelai lenaku untuk lelap
agar malam-malamku tiada malap..

Di manakah dikau aduhai sayang
kumenanti dengan penuh debaran
jangan biarkan malam-malamku kesepian
hingga lenaku tiada indah dalam dakapan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

TENANG DENGANMU

Pertama kali kuterpandang
seraut wajah bersama senyuman
orangnya kelihatan tenang
rasa hati ingin berteman
walau maya hanya persinggahan..

Dan bila sudah tercipta bicara
tenangnya hati mula terasa
damai jiwa mula mengusik sukma
setiap bicara tenang bersahaja..

Biar selamanya bersama tenang
dalam kita teman berteman
kerna ia satu keindahan
untuk mengeratkan tali perhubungan..

Untuk dia
terimalah kehadiranku seadanya
kerana segalanya telah bermula
sejak kita mula berbicara
semoga kekal selamanya
ketenangan hati ..di jiwa berdua..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[22/8/2011]

TIDAK INGIN SENDIRI

Aku tidak suka sepi
aku benci pada sunyi
malam ini aku tidak rela sendiri
apalagi kalau ia menyeksa hati
bercelaru jiwaku..separuh mati..

Di manakah bayu malam
jangan biarkan aku di dalam suram
bertiuplah..agar resahku hilang
biar parah rindu pergi berlalu
yang mengganggu gelisah jiwaku
tidak rela aku terus menahan sendu..

Sayang..
jangan sesekali kau bilang sayang
kalau sekejap kau hadir
dan sekelip mata kau hilang
aku tidak rela sendiri
kalau sepi itu bosan
jangan sesekali
biarkan aku keseorangan..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/8/2011]

TERKENANG

Sewaktu aku berjalan..
di tengah hijau sawah yang terbentang
sang bayu sedang menderu riang
seakan memanggilku pulang
pada saat aku dan dia berkasih sayang
di sawah padi menghijau
yang disaksikan lelalang melambai
sewaktu cinta tidak pernah terabai..

Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan
rupa-rupanya aku sedang terkenang
pada saat manis silam
yang kini telah pergi menghilang
bersama manisnya kenangan
dan kini.. di manakah dikau sayang...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/8/2011]

Aug 21, 2011

MALAMKU MENANTI SIANG

Malam yang tidak berbintang
hanya berteman aku yang tanpamu
getar hatiku tidak dikau tahu
bahawa resahnya jiwa bila menjauh..

Sayang..engkau tiada unggas malam diam
cengkerik juga tiada berlagu riang
malam diam dalam suram
hati mula kegelisahan tiada dapat pejam..

Inilah yang dikatakan malam-malam resah
bila dua jiwa berjauhan dan terpisah
tidak tertanggung lagi berhati parah
dalam gelap malam menahan gundah..

Wahai bulan dan bintang
kembalikan cahaya terang
dan bintang biarlah  berkerdipan
agar nanti tiadalah malamku resah suram
dalam membilang waktu untuk kembali siang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/8/2011]

HARAPAN

Malam kian pekat..
pandangan kian malap..
aku berjalan di lorong gelap..
sambil mengharap..
ada lelampu jalan..
yang menyuluh terang..
agar aku dapat kembali pulang..
ke pangkuan cinta
yang dahulu hilang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[21/8/2011]

Aug 20, 2011

FIKIRAN KOSONG

Petang ini aku berjalan
dengan kosong pandangan
tidak ada apa-apa yang aku sedang fikirkan
perasaan untuk itu ini semua hilang
diri tiada lagi melangkah girang...

Aku sedang memandang
tapi entah apa yang terpandang
semua terlihat bagai satu lakonan
bagai berada di pentas dunia usang..

Sekarang..aku tidak tahu
apa yang sedang aku bicara
berkata-kata pun
sudah tanpa sebarang makna
semuanya tiada erti pada bicara..

Tak mengapalah ..asal hati bisa tenang
walau semua tiada apa lagi di fikiran
biar semuanya pergi sebagai kenangan
walau aku sepi dalam bersendirian...

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[20/8/2011]

RASA APAKAH INI

Rasa apakah
yang sedang menggangu jiwa
yang sedang mengusik hati
hingga jiwa tidak keruan
jika dikau berjauhan
dengan diriku.. sayang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[20/8/2011]

MALAM INI

Malam ini..
ingin aku lakarkan rindu
pada kerdipan bintang-bintang
pada cahaya sang rambulan
pada lelampu neon di jalanan
agar cinta segera datang
untuk membelai resah hati
sewaktu sunyi menghimpit diri
sewaktu sepi mengunci hati
sewaktu gelap terus menghantui..

..Segeralah kemari aduhai kekasih
agar malam-malamku tiada lagi merintih..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[19/8/2011]

DI MANA DIKAU

Ombak resahpun membadai sepi
pada hamparan lautan yang tenang
pada setiap mata yang memandang
engkau rupa-rupanya telah hilang
dari hati dari pandangan
kini di manakah dikau sayang..

Sewaktu angin mengalunkan rindu
sewaktu putaran waktu terus berlalu
alunan ombak resah terus memilu
menumpahkan airmata syahdu
di pantai sepi ..bersama rintihan hati
dan ketahuilah kekasih
engkau tetap kunanti
seperti yang kujanji...

Di manakah engkau sayang
di manakah cintamu
aku masih seperti dahulu
masih merindu
pada bait-bait puisi dahulu
dan ukiran senyum bibirmu..

Dan masihkah engkau ingat
di suatu masa dahulu
sewaktu engkau memeluk erat kasihku
dengan penuh rindu
yang berulitan cinta mendayu
saat kita melayari cinta nan membiru
tiadakah engkau mengingati ..saat-saat itu
dan ketahuilah
bahawa aku sedang merinduimu
sayangku..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[19/8/2011]

SELAMAT MALAM CINTA

Selamat malam cinta..
selamat malam rindu..
biar kasih lena dalam belaian sayang..
di malam-malam indah yang panjang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[19/8/2011]

BILA MALAM MENJELMA

Bila malam menjelma..
aku cuba mengintai bulan
untuk menumpang cerah
setelah sekian lama
aku dalam kegelapan gundah..

Izinkan aku malam
untuk berada di dalam terang
dalam cahaya indah nan gemilang
akan tiadalah nanti
aku terus dalam kegelapan
setelah sekian lama
tersisih dari terang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[18/8/2011]

AKULAH SANG MENTARI

Akulah sang Mentari..
yang menghangatkan senja..
yang melakar merahan warna..
yang melukis redup
pada jiwa yang merona..
yang berlabuh disaat jiwa gerhana..
yang tersenyum
kala gerimis bertetesan hiba..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[18/8/2011]

LESU RINDU

Ketika mentari tegak berdiri
jasadku lemah kaku tidak bermaya lagi
tiada dayaku mendongak sang mentari
tertunduk bisu kasihku ..menyembah bumi..

Lesu..lemah seluruh anggota
nasib masih bertongkatkan semangat cinta
yang ternyata masih bersisa
walau hanya di hujung daya..

Kekasih, kembalikanlah semangatku
yang kini kian lesu di hujung waktu
jangan biarkan kelopak cintaku
gugur satu persatu..lalu menjadi debu
dan berterbangan.. tak berarah tuju..

Lesuku..lesu rindu
yang kian lemah dibiarkanmu
nanti aku tiada lagi menjadi aku
kerna tanpamu hilanglah dayaku..

Engkau,
jangan biarkan parah lesu rinduku terlalu
jangan sesekali usir cintaku hilang bersama waktu..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[18/8/2011]

SELAMAT MALAM SAYANG

Kumengintai malam
dalam gelap rindu
menanti cerah cahaya
dalam suluhan cinta..

Selamat malam sayang
biar malam-malam kita bererti
dalam rindu yang meniti
di ruang jiwa dan hati..

Aku sudah di kamar
dalam cahaya yang samar
mengkhayalkan asmara
dalam desah kekasih
yang tidak pernah menyisih..

Kekasih,
malam akan bermakna
jika kita bersama
melayari samar-samar cahaya
yang menyatukan dua jiwa
yang menyuluh sinar bahagia
di malam yang penuh cinta..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[17/8/2011]

VIOLA HATI

Irama viola hati
kini bernada sepi
bersimpuh di ruang diri
dalam alunan sunyi..

Kugeser viola cinta
kala sepi bermaharajalela
sewaktu rindu menjauhi cinta
ketika aku ketiadaan dia..

Berlagulah irama viola
di pinggir sepi jiwa
dalam tangis suka duka
dalam kecamuk takdir lara..

Dalam sunyi bersendiri
irama viola peneman diri
kugeser berulang kali
walau nadanya separuh mati..

Kini alunan Viola peneman diri
pergilah sunyi bersama sepi
sewaktu aku hilang diri
setelah cintaku hilang pergi
sehingga kini tidak berganti..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[17/8/2011]